Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat lelaki dikerat dua dalam guni ditemui

mayatdalamguni

BATANG KALI – Mayat lelaki dipercayai dikerat dua dan satu bahagian disumbat di dalam sebuah guni, ditemui di kawasan hutan berhampiran kebun getah di Sungai Tamu, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Shukri Yaacob berkata mayat itu ditemui tanpa bahagian badan dari perut hingga ke kaki itu dipercayai telah dibunuh lebih 24 jam lepas.

Katanya, mayat itu ditemui orang awam yang sedang mencari katak di kawasan tersebut kira-kira pukul 2.10 petang.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat dan dipercayai warga asing.

“Kita percaya mayat dibunuh dan dikerat dua sebelum disumbat di dalam guni jerami dan dibuang di kawasan ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata tiada kesan kecederaan lain ditemui pada mayat berusia lingkungan 30-an itu.

“Kita temui sebilah pisau pemotong daging dan tali nylon dengan kesan terbakar kira-kira 50 meter dari tempat mayat ditemui.

“Bagaimanapun kita akan siasat sama ada senjata ini digunakan dalam kejadian,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Komen


Berita Berkaitan