Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayat Lelaki Dengan Kesan Melecur Di Tepi Jalan Sim-Sim

9:52am 24/08/2016 Pak Roshan 982 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

maut

SANDAKAN : Mayat seorang lelaki dengan kesan melecur seluruh badan ditemukan dalam semak di tepi jalan Buli Sim-Sim berhampiran Taman Grandview dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata mayat lelaki berusia 68 tahun itu ditemukan seorang lelaki pada kira-kira 1.43 tengah hari.

Katanya pemeriksaan lanjut polis ke atas mayat di tempat kejadian mendapati tiada kesan luka atau kecederaan dan hanyalah kesan melecur akibat terbakar.

Mayat dihantar ke hospital di sini untuk bedah siasat yang dijangka dijalankan esok, katanya.

Menurutnya setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan.

Zabidi berkata sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Jinggo AK Punan di talian 0168383824.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan