Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayat keempat mangsa bot karam ditemui

9:26am 30/05/2016 Pak Roshan 7 views Global
PASUKAN penyelamat menarik bot laju yang karam di pulau Koh Samui pada Khamis lalu.

PASUKAN penyelamat menarik bot laju yang karam di pulau Koh Samui pada Khamis lalu.

Bangkok: Mayat lelaki warga Britain yang hilang selepas bot laju yang dinaikinya terbalik di Pulau Koh Samui di selatan Thailand empat hari lalu ditemui semalam menjadikan jumlah korban kemalangan itu kepada empat orang.

Bot yang membawa 32 pelancong termasuk kru itu karam pada tengah hari Khamis lalu akibat ombak besar berhampiran kawasan berbatu.

Kejadian itu menyebabkan semua penumpang tercampak keluar dan ada yang terperangkap di bawah bot.

Mayat tiga pelancong wanita dari Britain, Jerman serta Hong Kong ditemui tidak lama selepas kemalangan berkenaan manakala seorang pelancong Britain, Jason Parnell, 46, masih hilang.

Jurucakap pasukan penyelamat, Ukhcarawath Sithanaubol berkata, mayat Parnell ditemui semalam pada jam 9.25 pagi (waktu tempatan).

“Mayat mangsa ditemui terperangkap di celah batu berhampiran lokasi nahas.

“Pasukan penyelamat membawa mayat mangsa ke darat dan menamatkan operasi mencari,” katanya.

Wanita Britain yang terkorban, Monica Cozma dilaporkan baru tiga minggu berkahwin dan sedang berbulan madu dengan suaminya yang terselamat dalam kejadian itu.

Sementara itu, polis mendakwa kapten bot berkenaan atas tuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan