Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,806

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayat ke-5 ditemui

9:10am 07/03/2016 Pak Roshan 4 views Global
PASUKAN penyelamat Indonesia melaksanakan misi mencari mangsa.

PASUKAN penyelamat Indonesia melaksanakan misi mencari mangsa.

Banyuwangi (Jawa Barat): Mayat terakhir dari lima mangsa yang diisytihar hilang dalam kejadian feri karam di Selat Bali dua hari lalu ditemui penyelamat, semalam.

Agensi berita rasmi Indonesia, Antara, melaporkan, mayat itu ditemui sekitar jam 11.55 pagi (waktu tempatan).

Polis berkata, mereka perlu menjalankan bedah siasat terhadap mayat itu sebelum mengesahkan ia kapten feri itu, Bambang Adi.

Feri berkenaan, Rafelia II, yang membawa 81 orang dan dalam pelayaran ke Pelabuhan Ketapang di daerah Banyuwangi di Jawa Timur dari Pelabuhan Gilimanuk di daerah Jembrana, Bali, karam sektar 1 tengah hari Jumaat lalu.

Ia karam kira-kira 500 meter dari Pelabuhan Ketapan selepas bocor.

Sekurang-kurangnya 29 kenderaan, kebanyakannya trak dan bas mini, tenggelam bersama-sama feri itu.

Tujuh puluh enam orang berjaya diselamatkan sementara empat mayat ditemui kelmarin. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan