Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat Dua Lelaki Ditemui Dalam Parit Di Tawau

motor

TAWAU : Mayat dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kemalangan motosikal ditemui di dalam parit di Taman Semarak jaya di sini pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Mohd Razali Awang Ahmad berkata mayat Lester Mujah, 24, dan Wong Lee Fong, 21, ditemui pasukan penyelamat dalam operasi bermula 6.59 petang di dalam parit sedalam lima meter di kawasan berkenaan.

Mayat Lester berjaya dikeluarkan pada 7.31 malam dan mayat Wong pula berjaya dikeluarkan pada 7.40 malam, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada 6.46 petang untuk mengeluarkan mayat berkenaan.

“Satu jentera bersama sembilan anggota digerakkan ke lokasi kejadian dan operasi tamat pada 7.50 malam,” katanya.

Beliau berkata mangsa dipercayai terbabit dalam kemalangan motosikal pada Khamis sebelum terhumban ke dalam parit.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan