Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat ditemui terdampar di Pulau Sepanggar

IMG-20150315-WA0019KOTA KINABALU – Seorang nelayan terkejut apabila menjumpai satu mayat lelaki (gambar) terdampar di tepi pantai Pulau Sepanggar, dekat sini jam 8.20 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Pulau Gaya yang menerima laporan daripada nelayan terbabit, kemudian bergegas ke lokasi penemuan mayat itu untuk pemeriksaan.

“Siasatan awal polis mendapati tiada kecederaan pada tubuh mangsa,” katanya di sini hari ini

Beliau berkata, sebahagian besar kulit pada badan mangsa yang dipercayai telah meninggal dunia sejak empat hari lepas itu, terkelupas akibat terlalu lama berada dalam air laut.

“Bahagian belakang kepala mangsa juga terkelupas sehingga menampakkan tengkorak kemungkinan akibat dimakan oleh ikan,” katanya lagi sambil menambah punca kematian masih dalam siasatan polis.

Hasil pemeriksaan turut mengenalpasti mayat lelaki itu sebagai Duni bin Adam, 34, alamat terakhir di Taman Wangsa Telipok.

Kes diklafikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa telah dihantar ke hospital Queen 1 untuk proses bedah siasat.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan