Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat ditemui di Bukit Kokol, Menggatal

Mayat lelaki yang ditemui dalam sebuah kenderaan Perodua Viva di Bukit Kokol, Menggatal.
Mayat lelaki yang ditemui dalam sebuah kenderaan Perodua Viva di Bukit Kokol, Menggatal.

KOTA KINABALU – Misteri sebuah Perodua Viva yang diletakkan di tepi jalan di Bukit Kokol, Menggatal sejak 23 Mac lepas akhirnya terjawab apabila satu mayat lelaki ditemui di dalam kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, mayat tersebut ditemui oleh seorang penduduk kira-kira jam 5.00 petang semalam selepas curiga dengan kenderaan yang diletakkan selama dua hari dengan keadaan enjin masih hidup.

“Saksi yang membuat pemeriksaan terhadap kenderaan itu telah terlihat seorang lelaki terbaring tidak sedarkan diri kerusi bahagian penumpang hadapan, lalu segera menghubungi polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, siasatan awal polis di lokasi kejadian terhadap mangsa yang dikenali sebagai Luis bin Gitom berumur 45 dan berasal dari daerah Ranau itu, tidak menemui unsur jenayah.

“Tiada kesan luka atau kecederaan pada mangsa. Barang berharga milik mangsa termasuk bdompet dan telefon bimbit juga masih berada di dalam kereta tersebut,” katanya sambil menambah kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.

Mangsa telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

“Pihak polis juga telah memaklum kejadian kepada keluarga mangsa,” katanya.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan