Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayat dalam tin

9:16am 21/05/2016 Pak Roshan 15771 views Global
GAMBAR yang tersebar di media sosial.

GAMBAR yang tersebar di media sosial.

Beijing: China terpaksa menafikan dakwaan bahawa ia memerap mayat sebelum memasukkannya dalam tin dan dijual sebagai bahan makanan di Afrika selepas khabar angin mengenainya menjadi viral di Facebook.

Khabar angin mengenai penggunaan daging manusia itu mula viral selepas beberapa gambar kononnya mayat manusia dilapah tersebar di media sosial, kononnya dirakam di dalam kilang memproses daging.

Media Zambia dituduh menggalakkan penyebaran khabar angin itu selepas menyiarkan artikel yang kononnya memetik sumber dari kilang memproses daging di China.

Menurut satu ‘sumber’ dipetik, idea untuk menjual daging manusia sebagai bahan makanan tercetus selepas pihak berkuasa menyedari ia semakin kehabisan ruang untuk mengebumikan mayat.

Ada pula mendakwa kononnya Beijing mahu menjual ‘daging yang elok’ hanya kepada negara maju dan kaya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan