Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat dalam perut ular

MAKASSAR (Indonesia): Mayat seorang wanita ditemui dalam perut seekor sawa yang ditangkap berhampiran lokasi mangsa dilaporkan hilang ketika bercucuk tanam di halaman rumahnya, kata polis.

Mayat Wa Tiba, 54, ditemui Jumaat lalu penduduk kampung membelah perut ular berukuran tujuh meter itu yang ditemui berlingkar dengan perut besar di perkampungan Persiapan Lawela di Pulau Muna, berhampiran Sulawesi.

Ketua polis tempatan, Hamka berkata: “Penduduk mengesyaki ular itu membunuh mangsa lalu menelannya selepas membawanya keluar dari halaman rumah mangsa.

“Mereka membelah perut ular itu dan menemui mayat mangsa di dalamnya.” katanya.

Kira-kira 100 penduduk termasuk saudara-mara mangsa berusaha mencari wanita itu selepas dia hilang ketika bercucuk tanam pada lewat Khamis.

Hamka berkata, penduduk menemui ular gergasi itu berlingkar kira-kira 30 meter dari kasut serta parang milik Wa. Menurutnya, kepala mangsa ditelan dulu manakala tubuhnya masih sempurna. – AFP/BH Online

Komen


Berita Berkaitan