Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MAYAT BUDAK LELAKI HANYUT DIJUMPAI NELAYAN

10:34pm 17/05/2014 Pak Roshan 30 views Sandakan,Tempatan

pic-10

SANDAKAN: Mayat seorang budak lelaki berusia 8 tahun yang dihanyutkan oleh arus deras berjaya dijumpai di perairan Sim Sim petang kelmarin oleg seorang nelayan.

Mangsa dikenali sebagai Mohamad Nasrin Alih dipercayai hanyut di tepi laut Jalan Coastal Pusat Bamdar pada petang Khamis lepas, kira-kira 3 kilometer dari tempat mayat ditemui.

Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Andre Andrew berkata ketika kejadian berlaku apabila mangsa bersama adik lelaki dan dua orang kawan berjalan-jalan di tepi laut dan turun ke laut.

Mangsa disedari hilang oleh dua rakannya manakala adik mangsa dapat diselamatkan.

Sementara itu,dalam kejadian berasingan, tiga buah rumah kayu terbakar di Kampung Bokara Jalan Batu Sapi.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan