Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat budak 11 tahun ditemui

mayat
Anggota bomba dengan agensi lain serta penduduk kampung menjalankan operasi mencari kanak-kanak 10 tahun yang hanyut di kawasan pantai Taman Arena dekat Kampung Kerupang, Labuan.

LABUAN: Seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang hilang selepas dihanyutkan ombak di kawasan pantai Taman Arena dekat Kampung Kerupang di sini, semalam, ditemui lemas pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Zainal Madasin, berkata mayat Aiman Ashraf Rashid ditemui di perairan Pulau Papan dekat sini pada jam 7.39 pagi.

Mangsa hilang sekitar jam 3.45 petang semalam apabila yang dinaiki bersama dua rakannya dipukul ombak tetapi dua rakannya berjaya menyelamatkan diri.

Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat dilancarkan membabitkan 40 anggota bomba bersama polis, Jabatan Pertahanan Awan Malaysia (JPAM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), bomba sukarela dan penduduk kampung terbabit dalam operasi itu. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan