Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayat berterabur sehingga lapan kilometer

8:39am 02/11/2015 Pak Roshan 723 views Global
Serpihan bangkai pesawat Airbus 321 yang bertaburan di Semenanjung Sinai. - Foto EPA

Serpihan bangkai pesawat Airbus 321 yang bertaburan di Semenanjung Sinai. – Foto EPA

El-Hasana, Mesir: Mayat mangsa nahas pesawat Russia yang terhempas di Sinai, Mesir, bertaburan sejauh beberapa kilometer termasuk mayat seorang budak perempuan berusia tiga tahun yang ditemui lapan kilometer dari lokasi pesawat terhempas.

AFP melaporkan, berikutan itu pencarian ditetapkan dalam radius 15 kilometer dan sehingga kini, lebih 160 mayat daripada 224 penumpang serta anak kapal pesawat Airbus 321 itu sudah ditemui. Pesawat berkenaan terhempas kira-kira 60 kilometer dari El-Hasana selepas berlepas dari resort di Laut Merah, membawa 214 penumpang Russia, tiga Ukraine dan tujuh anak kapal.

“Kami menemui mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun itu lapan kilometer daripada bangkai utama pesawat,” kata pegawai tentera Mesir yang mengetuai pasukan pencari.

Sebahagian besar mayat tidak lengkap anggota badan dan pasukan pencari kini sedang mengumpul anggota badan yang ditemui untuk dipadankan dengan tubuh ditemui.

Pasukan penyiasat sudah menemui kotak hitam dan sedang dianalisis bagi menentukan punca pesawat terhempas.

Setakat ini, Russia dan Mesir menolak dakwaan kumpulan Negara Islam ia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat itu kerana tidak mungkin pesawat boleh ditembak dari darat pada ketinggian itu.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, Bernama melaporkan, Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam nahas pesawat itu dan Kedutaan Malaysia di Kaherah sedang memantau keadaan.

Menurut Wisma Putra, sebarang pertanyaan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah di talian 00 202 3761 0013 atau pegawai bertugas Kementerian

Luar di 03-8887 4570 / 03-8887 4770. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan