Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MAYAT BAYI LELAKI DITEMUI DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui seorang pekerja pemungut sampah, di Tapak Pelupusan Sampah, Bukit Gemuk, Jalan Bombalai, Tawau. – Gambar SNT /Ihsan IPD Tawau

TAWAU: Seorang pekerja menemui mayat bayi lelaki yang cukup sifat di tapak perlupusan sampah Bukit Gemuk Jalan  Bombalai di sini.

Mayat bayi yang masih bertali pusat tanpa dibalut dengan kain ditemui pekerja yang dikenali sebagai Arifin semasa sedang menjalankan rutin hariannya di tapak pelupusan tersebut kira-kira 6.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata saksi berkenaan kemudian memaklumkan kepada penyelia di tempat dia bekerja untuk mendapatkan bantuan.

“Saksi menemui kain batik di kawasan tapak pelupusan sampah dan bertindak membalut mayat bayi lelaki berkenaan dan dibawa ke kawasan yang selamat sebelum memaklumkan kepada penyelia tempat dia bekerja untuk meminta bantuan. 

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, terdapat kesan biru pada badan mayat bayi berkenaan dan dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira tiga hari lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Fadil berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada saksi yang melihat mayat tersebut dibuang dan beliau meminta orang awam yang mengetahui berhubung kejadian ini untuk tampil membuat laporan. 

“Mayat bayi dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tawau pukul 3 petang tadi untuk bedah siasat,” katanya. 

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana kerana menyembunyikan kematian dengan membuang mayat secara sulit.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menyalurkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau. – SabahNewsToday 

Komen


Berita Berkaitan