Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MAYAT BAYI DITEMUI TERAPUNG DI KOLAM TERBIAR

Mayat bayi yang baru lahir ditemui dalam keadaan menyedihkan di kolam terbiar di Kampung Binsuluk, Membakut. Gambar Bernama

BEAUFORT: Disangkakan anak patung yang terapung di sebuah kolam terbiar di Kampung Binsuluk Membakut, namun setelah memberhentikan kenderaannya, Ag Madun Estor yang juga penduduk kampung tersebut mendapati ianya mayat bayi yang sedang mereput dan berbau busuk.

Beliau membuat penemuan menyedihkan itu ketika pulang dari pasar kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada Sabtu.

Dalam pada itu, orang awam bertindak membuat laporan polis tersebut 15 minit kemudian.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd. Razak berkata, siasatan di tempat kejadian medapati ia adalah mayat bayi lelaki yang baru lahir dan cukup sifat serta masih bertali pusat.

“Bagaimanapun, keadaan bayi itu telah reput dan berbau.

“Tempat kejadian berlaku di dalam kawasan rumah saksi (Ag Madun) iaitu terletak di sebelah rumahnya dan kolam tersebut merupakan kawasan terbiar yang ditumbuhi lalang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, tempat kejadian adalah kawasan sunyi yang terletak di laluan jalan mati menuju ke rumah saksi.

Jelasnya, mayat tersebut telah di rujuk Hospital Kuala Penyu untuk pemeriksaan doktor.

“Mayat bayi tersebut akan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat pada Isnin pukul 8 pagi.

“Siasatan lanjut akan diteruskan untuk mengesan suspek dalam kes ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan