Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat bayi diawet dalam botol

PIHAK berkuasa Tokyo menyiasat penemuan misteri beberapa mayat bayi yang ditemui diawet di dalam botol kaca dengan sebahagian lengkap dengan tali pusat di rumah, di Tokyo.

Menurut agensi berita Kyodo, hari ini, mayat bayi itu ditemui pekerja penghapus anai-anai di rumah yang diubahsuai.

Menurut laporan itu, tiga atau empat botol yang mengandungi mayat bayi itu ditemui di bawah lantai rumah yang ditinggalkan selama tiga tahun.

Seorang pakar obstetrik dipercayai tinggal di rumah berkenaan sebelum ia tinggalkan dan kini diubahsuai oleh pemilik barunya.

Mayat bayi yang ditemui itu dipercayai direndam dalam cecair Formaldehyde, sejenis bahan kimia yang digunakan untuk mengawet. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan