Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat bayi di tapak sampah

 

 

LOKASI mayat bayi lelaki yang baru lahir ditemui.
LOKASI mayat bayi lelaki yang baru lahir ditemui.

Kota Kinabalu: Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di kawasan tapak pelupusan sampah Kayu Madang Jalan Rugading Telipok, di sini, hari ini.

Mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui oleh seorang pengutip sampah di tapak pelupusan sampah berkenaan jam 8.30 pagi.

Difahamkan, pekerja terbabit menemui mayat bayi di dalam longgokan sampah ketika dia sedang mengorek sampah untuk mencari bahan buangan yang masih boleh digunakan.

Mayat bayi itu dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaan mayat yang masih sempurna dan tidak mempunyi kesan kecederaan.

etua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

 

Komen


Berita Berkaitan