Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat Bayi Baru Lahir Ditemukan Di Tapak Pembuangan Sampah

GAMBAR keadaan bayi yang tersebar melalui aplikasi Whatsapp
GAMBAR keadaan bayi yang tersebar melalui aplikasi Whatsapp

KOTA KINABALU : Mayat seorang bayi lelaki yang baru lahir ditemukan di tapak pembuangan sampah premis 1Homeware di Papar pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Papas, DSP George Abd Rakman berkata mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui kira-kira pukul 10 pagi oleh seorang pekerja di kedai berkenaan.

“Siasatan awal mendapati ketika mayat bayi itu ditemui, pekerja itu berada di tandas yang terletak berhampiran pembuangan sampah berkenaan telah ternampak asap dan satu objek seperti anak patung.

“Curiga dengan apa yang dilihatnya, pekerja berkenaan kemudiannya meneliti lebih dekat dan mendapati ianya adalah mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat yang diletakkan di kawasan pembuangan sampah yang masih lagi berasap,” katanya dalam satu kenyataan.

George berkata mayat bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk tindakan lanjut.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohamad Alif Mohd Razali melalui talian 088-912222 bagi membantu siasatan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan