Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,656

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayat bayi atas bumbung

9:59am 27/01/2016 Pak Roshan 1970 views Global
MAYAT bayi itu di atas bumbung pondok letak basikal.

MAYAT bayi itu di atas bumbung pondok letak basikal.

Beijing: Mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di atas bumbung sebuah pondok letak basikal di Jiangyou, tengah China.

Mayat itu ditemui petang kelmarin oleh penduduk blok apartmen yang terletak di sebelah pondok basikal berkenaan, lapor People’s Daily Online.

Polis Biro Keselamatan Awam Jiangyou tidak mengambil masa lama untuk menahan wanita yang dipercayai ibu bayi itu.

Menurut laporan media, beberapa penduduk mendengar bunyi kuat jatuh di atas bumbung letak basikal itu antara jam 10 malam dan 12 tengah malam.

Mereka bagaimanapun tidak terus memeriksa kerana menyangka ada benda jatuh ditiup angin ke atas bumbung pondok berkenaan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan