Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MAYAT AWAK-AWAK WARGA INDONESIA HILANG DITEMUI TERAPUNG

mayat terapung
Gambar Hiasan

SANDAKAN, 13 Feb : Mayat seorang awak-awak bot nelayan warga Indonesia yang dilaporkan hilang Selasa lepas, ditemui terapung di kawasan perairan Kampung Tanjung Batu dekat sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai Ramli berusia lingkungan 40-an itu ditemui oleh penduduk kampung pada 1.47 tengah hari semalam.

Mayat dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Mangsa dipercayai terjatuh ke laut dari sebuah bot nelayan ketika dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke Tanjung Sugut Beluran.

Tekong bot hanya menyedari kehilangan mangsa ketika berada di perairan berhampiran Pulau Nunuyan Laut. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan