Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayat atas bumbung kereta

9:33am 04/01/2016 Pak Roshan 578 views Global
MAYAT Reddy di atas kereta yang melanggarnya.

MAYAT Reddy di atas kereta yang melanggarnya.

Hyderabad: Sebuah kereta yang dipandu laju melanggar seorang warga emas berusia 70 tahun dan meneruskan perjalanan sehingga beberapa kilometer dengan mayat mangsa di atas bumbung kenderaan itu.

Polis berkata, kejadian berlaku di daerah Nalgonda di negeri Telangana kelmarin apabila kereta yang dipandu Rahim Khan melanggar Venkat Reddy yang hendak menyeberang jalan.

Lelaki itu dikatakan mati sebelum sempat dibawa ke hospital.

“Mangsa terpelanting ke atas bumbung kereta, tetapi pemandu berkenaan tidak berhenti.

“Dia meneruskan perjalanan dengan mayat di atas bumbung keretanya,” kata jurucakap polis, Sudhakar.

Menurutnya, Rahim memandu laju ketika kejadian. Orang ramai yang melihat tubuh manusia di atas kereta itu memaklumkan kepada polis.

“Dengan beberapa penduduk tempatan, kami berjaya menahan kereta itu. Rahim ditahan dan akan dituduh cuai hingga menyebabkan kematian,” kata Sudhakar. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan