Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,735

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayat ambil duit

10:51am 22/03/2016 Pak Roshan 1555 views Global
VANZO

VANZO

Plymouth, Amerika Syarikat: Seorang lelaki tergamak membawa mayat ibunya ke bank semata-mata untuk mengeluarkan wang sebelum membuat laporan polis bagi memberitahu wanita itu sudah meninggal dunia.

David John Vanzo, 57, dilaporkan membawa mayat ibunya dengan kerusi roda untuk mengeluarkan wang berjumlah AS$850 (RM3,452) dari akaun wanita itu pada 5 Januari lalu.

Selepas mengeluarkan wang Vanzo pulang ke rumah sebelum menghubungi polis bagi memberitahu ibunya sudah meninggal dunia.

Polis yang datang ke rumah Vanzo mendapati mayat wanita itu terbaring di atas katil yang dipenuhi najis dan masih memakai baju kot serta berkasut.

Pemeriksaan perubatan mendapati wanita itu mungkin sudah meninggal dunia ketika Vanzo membawanya ke bank untuk mengeluarkan wang.

Pegawai bank memberitahu polis, wanita itu langsung tidak bergerak dan berbau busuk ketika Vanzo membawanya masuk.

Katanya, Vanzo memegang tangan ibunya untuk mendapatkan cap jari wanita itu bagi mengeluarkan wang dari akaun milik mendiang.

Pendakwa raya berkata, Vanzo tinggal dengan ibunya pada 2007 dan menguruskan kewangan wanita itu sejak 2012.

Tambahnya, Vanzo menghilangkan diri selepas kematian ibunya itu tetapi ditangkap baru-baru ini di Pamona, California.

“Vanzo didakwa di mahkamah atas tuduhan pengabaian jenayah dan mengeksploitasi kewangan ibunya,” katanya.

Selain dituduh gagal menjaga ibunya dengan baik, Vanzo juga didapati mengambil wang berjumlah AS$260,000 (RM1.1 juta) dari akaun wanita itu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan