Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,680

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Maximus: Perpaduan elemen penting dalam komuniti 

3:55pm 28/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 69 views Tempatan
Dr Maximus memukul gong sebagai tanda perasmian majlis pelancaran pembukaan Dewan Johnity PSO yang ditemani oleh ahli keluarga beliau

Dr Maximus memukul gong sebagai tanda perasmian majlis pelancaran pembukaan Dewan Johnity PSO yang ditemani oleh ahli keluarga beliau

TAMBUNAN- Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili berkata perpaduan merupakan elemen penting bagi sesebuah komuniti untuk hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.
Maximus berkata komuniti di sesebuah kawasan harus berganding bahu dan berkerjasama sebagai sebuah keluarga, dimana setiap ahli komuniti di kawasan terbabit harus menyumbangkan tenaga dan usaha dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka terpelihara.
 
“Perpaduan itu merupakan satu kekuatan dalam sesebuah komuniti. Kekuatan sesebuah komuniti mahupun keluarga akan lemah jika berlakunya perbalahan. Ia bermula dari dalam keluarga itu sendiri, jika sesebuah keluarga itu bersatu, maka bersatulah juga komuniti di kawasan tersebut”, katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Dewan Johnity Pogun Sakag Ongkili (PSO) di Kg Keranan, disini, kelmarin.
 
Tambahan beliau, Dewan tersebut boleh memuatkan sehingga 600 orang dan boleh digunakan oleh masyarakat di kawasan itu disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti.
 
“Saya percaya pembentukan sikap kanak-kanak dan belia muda adalah berdasarkan persekitaran mereka. Maka, sokongan padu daripada ahli keluarga dan penganjuran aktiviti yang sihat adalah sangat penting untuk mengekalkan perpaduan di sesebuah kawasan”, katanya. 
 
Disamping itu, bersempena dengan majlis pelancaran itu, beliau juga telah menganjurkan satu majlis rumah terbuka hari natal yang telah dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai beliau serta masyarakat yang tinggal berdekatan.
Lebih kurang 300 orang termasuk ketua kampung dan para pemimpin daripada Parti Bersatu Sabah telah hadir ke majlis perasmian dewan tersebut.- SayangSabah
Dewan Johnity Pogun Sakag Ongkili (PSO)

Dewan Johnity Pogun Sakag Ongkili (PSO)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan