Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,726

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Maximus komited pimpin PBS ke tahap lebih tinggi

10:12pm 30/07/2016 Pak Roshan 235 views Mutakhir,Politik
MENTERI Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengagihkan duit raya kepada warga tua pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Naib Presiden yang juga Ketua PBS Sebatik, Mohd Balbir Arjan, di Tawau.

MENTERI Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengagihkan duit raya kepada warga tua pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Naib Presiden yang juga Ketua PBS Sebatik, Mohd Balbir Arjan, di Tawau.

TAWAU: Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang diberi amanah memikul tugas presiden parti itu hari ini menyatakan komitmennya untuk membawa PBS ke tahap yang lebih tinggi.

Itu janji Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu kepada tokoh politik veteran yang juga mentornya, iaitu Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang memimpin parti itu sejak 30 tahun lalu.

Maximus berkata, beliau berterima kasih kepada Pairin dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBS yang memberi kepercayaan kepadanya untuk mengurus hal berkaitan parti selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu semalam.

Beliau berkata, meskipun menyedari terpaksa berdrpan tugas memimpin parti yang sangat mencabar, beliau menerima tanggungjawab dan sudah bersedia melaksanakan yang terbaik demi masa depan PBS.

“Dia (Pairin) meletakkan tahap piawaian tertinggi dalam kepemimpinan, khususnya dalam aspek kerendahan hati, integriti dan ketahanan. Namun, selepas 22 tahun sebagai timbalannya, saya yakin kita dapat tambah nilai PBS.

“Ini kita lakukan menerusi pembaharuan jentera dan memperkemas fokus parti,” katanya selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Naib Presiden yang juga Ketua PBS Sebatik, Mohd Balbir Arjan, di sini, petang tadi.

Maximus yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu, berkata pengalaman dalam politik termasuk sebagai pembangkang selain pernah ditahan selama 59 hari mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas dakwaan membawa Sabah keluar Malaysia bersama Datuk Dr Jeffrey Kitingan pada 1991 memberi pengajaran besar kepadanya.

Bagaimanapun, katanya selama tiga penggal berkhidmat sebagai menteri Kabinet mendedahkannya kepada proses membuat keputusan di peringkat pusat yang disifatkan sebagai ramuan penting berdepan cabaran bagi mempertahankan parti.

Semalam, Setiausaha Agung PBS, Datuk Johnny Mositun, mengumumkan keputusan MT berdasarkan permintaan Pairin untuk memberi kuasa kepada Maximus untuk melaksanakan tugas presiden berkuat kuasa serta-merta. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan