Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,805

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Maut turun berat badan

10:19am 14/12/2015 Pak Roshan 8 views Global
YANG

YANG

Manila: Seorang peserta seni mempertahankan diri campuran (MMA) dari China, Yang Jian Bing meninggal dunia selepas pengsan akibat penyahhidratan serius ketika cuba menurunkan berat badannya.

Yang, 21, dilaporkan cuba menurunkan berat badannya supaya dia layak untuk menyertai kategori berat flyweight dalam pertandingan MMA yang berlangsung di sini.

Penganjur pertandingan itu, One Championship berkata, Yang disahkan meninggal dunia pada Jumaat lalu di sebuah hospital di sini akibat kegagalan jantung dan paru-paru berfungsi.

Dia meninggal dunia beberapa jam sebelum menyertai pertandingan berkenaan.

“Yang dimasukkan ke Hospital San Juan De Dios selepas tiba-tiba pengsan pada pagi Khamis lalu.

“Perlawanan Yang dengan seorang peserta Filipina dibatalkan selepas dia mengalami penyahhidratan serius kerana cuba menurunkan berat badannya,” kata penganjur dalam satu kenyataan.

Kata kenyataan itu, Yang disyaki pengsan akibat mengalami penyahhidratan dan strok haba, serta diberi rawatan intensif di hospital.

Pertandingan itu berlangsung seperti biasa pada Jumaat lalu dan dimulakan dengan acara bertafakur selama satu minit sebagai memperingati Yang.

Laman sesawang One Championship turut digelapkan dan tertera satu mesej: “Yang Jian Bing dalam ingatan (1994-2015)”

Ketua Eksekutif One Championship, Victor Cui dalam satu kenyataan berkata, semua keluarga One Championship bersedih dengan kematian tragik Yang.

“Kami sentiasa bersama keluarga mendiang bagi memberi semua bantuan yang diperlukan mereka bagi menghadapi situasi sukar ini,” katanya.- AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan