Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Maut terperosok bawah treler

5:03pm 17/03/2017 Pak Roshan 6873 views Beaufort,Berita Pilihan,Mutakhir,Tempatan

SEORANG penunggang motosikal terperosok di bawah treler dalam nahas di Kilometer 10.5, Jalan Beaufort-Papar di Kampung Lumat, Beaufort, semalam. – Foto ihsan pembaca

BEAUFORT: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terperosok di bawah treler di Kilometer 10.5, Jalan Beaufort-Papar di Kampung Lumat dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian pada jam 4.40 petang itu, Charlie Kapong, 43, dipercayai dalam perjalanan dari arah Papar ke Sipitang manakala treler dari Beaufort ke Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak, berkata siasatan awal mendapati mangsa gagal mengawal motosikal sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah treler.

“Mangsa dan motosikalnya yang terperosok di bawah treler terseret beberapa meter, menyebabkan beliau mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azmir berkata, berkata pemandu treler dan penunggang motosikal tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan