Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Maut selepas merempuh sebatang pokok

Kenderaan Toyota Hilux yang remuk akibat merempuh sebatang pokok mengakibatkan pemandunya meninggal dunia di lokasi kejadian. - Foto IPD KK
Kenderaan Toyota Hilux yang remuk akibat merempuh sebatang pokok mengakibatkan pemandunya meninggal dunia di lokasi kejadian. – Foto IPD KK

KOTA KINABALU – Seorang pemuda lelaki berumur 23 tahun maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Kilometer 13 Jalan Lintas di sini tengah malam semalam

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai memandu laju kenderaan jenis Toyota Hilux itu dari arah lampu isyarat Bukit Padang sebelum hilang kawalan lalu terbabas.

“Kemalangan itu mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan,” katanya di sini hari ini.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Tonny Chin Lee Min berasal dari Taman Seputeh, Jalan Damai di sini, kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

– oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan