Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Maut selepas melanggar sebatang paip

Keadaan kenderaan Proton Saga yang remuk selepas melanggar sebatang paip mengakibatkan pemandunya terbunuh.  - Foto IPD KK
Keadaan kenderaan Proton Saga yang remuk selepas melanggar sebatang paip mengakibatkan pemandunya terbunuh. – Foto IPD KK

KOTA KINABALU – Seorang warga emas maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala selepas kenderaan dipandunya melanggar sebatang paip besar di Jalan Burung Kalito berhampiran Restoran BTC di sini pada jam 7.10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, siasatan awal mendapati mangsa dikenali sebagai Albert Limbang bin Pelang, 66, sedang memandu sendirian dari arah Jalan Tuaran Bypass menuju ke Inanam melalui Jalan Burung Kalito.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan jenis Proton Saga yang dipandu oleh mangsa, hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan kemudian melanggar sebatang paip mengakibatkan kepala mangsa terhantuk di cermin hadapan kenderaan itu,” katanya di sini hari ini.

Mangsa yang berasal dari Kampung Bontoi, Tamparuli disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

– oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan