Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,415

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Maut nak ambil duit dalam lubang tandas

9:45am 08/03/2017 Pak Roshan 1900 views Global

Ndola (Zambia): Seorang lelaki maut dihempap tandas ketika cuba mengambil wangnya yang terjatuh ke lubang najis.

Lelaki yang dikenali sebagai George Chitaka itu dilaporkan menggunakan tandas tradisional sebelum wangnya berjumlah 300 kwacha (RM137) terjatuh.

Disebabkan lubang tandas yang sempit, Chitaka memecahkan sebahagian jamban berkenaan dan cuba mengambil wang itu.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba tandas itu runtuh dan Chitaka terjatuh ke dalam lubang di bawah jamban itu yang dipenuhi najis.

Orang ramai yang melihat kejadian itu cuba membantu Chitaka tetapi gagal dan terpaksa menghubungi bomba untuk bantuan.

Anggota bomba yang datang tidak lama selepas itu mengeluarkan Chitaka dari dalam lubang tandas tetapi mangsa sudah meninggal dunia.

Jurucakap polis Ndola, Charity Katanga mengesahkan kejadian itu dan memberitahu mangsa mungkin mati akibat lemas.

“Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

“Namun, polis percaya mangsa meninggal dunia akibat terjatuh ke dalam lubang najis,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan