Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Maut kerana terjatuh dari bangunan UTC

8:44pm 31/12/2015 Leolerry Lajius 2283 views Tempatan

IMG-20151231-WA0007

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 26 tahun maut apabila terjatuh dari bangunan UTC petang tadi.

Mangsa Charls Chui, berasal dari Kampung Tanaki Tambunan yang pernah bekerja di bangunan tersebut sebagai pengawal keselamatan, maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selepas terjatuh di antara tingkat 9 atau 10 bangunan tersebut.

Menurut seorang saksi iaitu petugas pejabat Pengurusan UTC, beliau telah terdengar bunyi kuat seperti kenderaan berlanggar dan apabila saksi melihat keluar melalui tingkap, mangsa telah terbaring di tepi menara UTC dalam keadaan tertiarap dan keadaan cedera dibahagian kepala. Saksi kemudiannya terus menghubungi kaunter Menara UTC dan memberitahu mengenai kejadian dan meminta untuk menghubungi pihak Polis serta Pihak Ambulans.

Lebih kurang 10 minit, pihak Ambulans Hospital Queen Elizabeth telah sampai dan Pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa di percayai terjun melalui tingkap tangga kecemasan antara tingkat 9 dan tingkat 10. Pemeriksaan lanjut di tempat tersebut mendapati tingkap terbuka dan terdapat kesan tapak kasut di dinding berhampiran tingkap.

Mangsa telah di hantar ke Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan