Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Maut jadi ‘Spiderman’

TURUTAN gambar menunjukkan detik seorang lelaki terjatuh ketika cuba masuk ke apartmennya melalui balkoni.
TURUTAN gambar menunjukkan detik seorang lelaki terjatuh ketika cuba masuk ke apartmennya melalui balkoni.

Alicante, Sepanyol: Gara-gara tertinggal kunci, seorang lelaki maut akibat terjatuh dari tingkat empat selepas cuba masuk ke balkoni apartmennya dengan menggunakan tali.

Lelaki berusia 52 tahun itu dilaporkan tidak dapat masuk ke kediamannya selepas dia tertinggal kunci di dalam rumah.

Kerana tidak mahu memecahkan pintu, lelaki itu merancang untuk masuk ke balkoni rumahnya melalui bumbung.

Dengan bantuan jiran, dia mengikat tali di atas bumbung apartmen dan turun ke balkoni rumahnya.

Seorang penduduk di apartmen bersebelahan merakamkan detik-detik lelaki itu turun ke balkoni rumahnya dengan menggunakan tali. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan