Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Maut ditindih jentera berat

Keadaan jentera yang terbabas di Jalan Ladang Kamcheong, dekat Kinabatangan. - Foto ihsan IPD Kinabatangan.
Keadaan jentera yang terbabas di Jalan Ladang Kamcheong, dekat Kinabatangan. – Foto ihsan IPD Kinabatangan.

KINABATANGAN: Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas ditindih jentera yang dipandunya di Jalan Ladang Kamcheong, dekat sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa Agustinus Palolongan Siaba, 49, meninggal dunia akibat parah pada kaki dan perut.

Dalam kejadian itu, mangsa yang memandu jentera jenis penggelek itu dikatakan terbabas ke dalam jurang sebelah kanan jalan sebelum ditindih kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

“Siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah disebabkan bentuk jalan yang tidak rata menyebabkan kenderaan dipandu mangsa terbabas.

“Pemandu disyaki tidak mabuk, namun sampel darah diambil untuk ujian alkohol dan dihantar ke Jabatan Kimia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan