Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Maut Ditembak Ketika Minum Di Petaling Jaya

Lelaki-Maut-Ditembak-Ketika-Menunggang-Motosikal

PETALING JAYA – Seorang lelaki maut selepas terkena satu daripada empat das tembakan dilepaskan suspek menaiki kereta di kawasan parkir Taman Desa Ria, PJS5/18, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala yang dilepaskan dalam jarak kira-kira lima meter.

Beliau berkata, sebelum kejadian itu mangsa, S Suresh, 27, dikatakan sedang duduk minum bersama abang, jiran dan sepupu mangsa di belakang rumah mereka di Blok K.

“Kira-kira 12.15 tengah malam, datang seorang lelaki menaiki kereta Hyundai Sonata berwarna hitam menghampiri tempat mereka dan melepaskan empat das tembakan yang mana satu daripadanya terkena kepala mangsa,” katanya.

Katanya, pemeriksaan di tempat kejadian menemui empat butir anak peluru pada ruang rumah, di hadapan pintu dan ruang dapur namun tiada kelongsong peluru ditemui. –myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan