Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Maut ditelan ombak

12:12pm 03/11/2016 Pak Roshan 621 views Global
ANGGOTA penyelamat menarik seorang mangsa bot karam yang ditemui terselamat. - Agensi

ANGGOTA penyelamat menarik seorang mangsa bot karam yang ditemui terselamat. – Agensi

Batam: Sekurangnya 20 maut selepas bot pancung yang dinaiki sekumpulan pendatang Indonesia terbalik dan tenggelam berhampiran Pulau Batam di sini awal pagi semalam, kata polis.

Ketua polis Batam, Sambudi Gusdian berkata, kira-kira 93 penumpang menaiki bot berkenaan dari Malaysia sebelum karam pada jam 5 pagi (waktu tempatan).

Katanya, sehingga petang semalam, operasi mencari dan menyelamat berjaya menemui 39 mangsa yang terselamat manakala 34 lagi masih hilang.

Semua penumpang bot berkenaan dipercayai pendatang tanpa izin yang mahu pulang ke Indonesia.

Polis mengesyaki bot yang mereka naiki itu beroperasi secara haram kerana mangsa yang terselamat memberitahu mereka membayar tambang yang mahal.

Seorang wanita warga tempatan yang disyaki menguruskan perjalanan itu ditangkap ketika cuba keluar dari Batam menuju ke Singapura.

Seorang mangsa yang terselamat, Haryanto, 51, berkata, dia bersama penumpang lain menaiki bot itu di satu lokasi di Johor.

“Selepas dua jam meninggalkan Malaysia kami berdepan hujan dan ombak besar yang menyebabkan bot itu karam,” katanya.

Menurutnya, bot yang dinaikinya juga membawa muatan berlebihan.

“Keadaan di dalam bot sangat sesak dan sebahagian kami terpaksa berdiri kerana tiada ruang untuk duduk,” jelasnya.

Menurutnya, dia dan beberapa penumpang hanyut di laut selama dua jam sebelum diselamatkan sebuah bot nelayan. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan