Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Maut ‘disembelih’ tali layang-layang

8:41am 12/07/2016 Pak Roshan 1063 views Global
GAMBAR hiasan, sekumpulan lelaki bermain layang-layang di India. Gambar kecil, Sharma.

GAMBAR hiasan, sekumpulan lelaki bermain layang-layang di India. Gambar kecil, Sharma.

Ghaziabad (India): Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas lehernya dikelar dengan tali layang-layang bersalut kaca ketika menunggang motosikal di sini baru-baru ini.

Yogesh Sharma, 52, maut pada petang Jumaat lalu selepas lehernya terbelit dengan tali layang-layang ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Jurucakap polis, Salmantaj Patil berkata, ketika Sharma melalui sebuah jejambat lehernya tiba-tiba tersangkut pada tali layang-layang.

“Seorang saksi memberitahu, dia melihat Sharma menunggang motosikal sejauh beberapa meter sebelum terjatuh di atas jalan raya.

“Orang yang memberi bantuan melihat ada tali layang-layang melilit leher mangsa dan banyak darah yang keluar,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan