Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,664

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Maut Dirempuh Ketika Berarak Sambut Thaipusam

11:59am 23/01/2016 Pak Roshan 1681 views Mutakhir,Nasional

maut

KUALA LUMPUR – Tiga penganut Hindu, yang menyertai rombongan berjalan kaki dari Senawang, Negeri Sembilan ke Batu Caves untuk sambutan Thaipusam, maut dirempuh sebuah kereta di Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur berhampiran Seri Petaling, pagi ini.

Sementara tiga lagi cedera parah dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi ini, menurut jurucakap polis di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu kereta terbabit dilaporkan telah melarikan diri sejurus kemalangan.

Mayat ketiga-tiga mangsa kemalangan itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat, sementara yang cedera dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan, katanya.

Menurutnya, anggota keluarga ketiga-tiga mangsa telah dipanggil untuk proses pengecaman mayat di bilik mayat HKL.

Thaipusam disambut pada Ahad ini. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan