Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Maut di tembak selepas hantar anak ke sekolah

1:09pm 15/04/2016 Leolerry Lajius 2274 views Jenayah,Tempatan
Kenderaan milik mangsa yang maut ditembak dalam kejadian tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Kenderaan milik mangsa yang maut ditembak dalam kejadian tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

PENAMPANG: Dua orang lelaki maut kerana ditembak dalam kejadian yang berlaku di Jalan Kolam, berhampiran Stesen Minyak Petronas Foh Sang Luyang, pagi tadi.

Mangsa Hii Lam King, 36, dan Ting Wen Hou, 23, maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan yang parah.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Salehhudin Abd. Rahman, sebelum kejadian mangsa telah menghantar anaknya pergi ke sekolah.

“Terdapat tiga orang individu yang berada di dalam kereta tersebut iaitu salah seorang daripadanya adalah adik beradik kembar kepada Ting Wen Hou tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan.”

“Sebanyak lapan das tembakan telah dilepaskan dalam kejadian ini namun pihak polis masih meneruskan siasatan bagi memastikan jumlah das tembakan yang sebenar,” katanya ketika sidang media di tempat kejadian, di sini, pagi tadi.

Menurut Salehhudin, mangsa berasal dari Sibu, Sarawak tetapi tinggal di Sabah dan mangsa pertama juga turut membantu bapa mertuanya menjalankan perniagaan.

“Mangsa telah ditembak oleh dua orang suspek yang menunggang sebuah motorsikal dan pihak polis telah menjalankan operasi untuk mencari  kedua-dua suspek.”

“Ketika kejadian sebuah kenderaan Myvi yang dipandu oleh seorang wanita turut berada di tempat kejadian dan disebabkan terkejut dengan bunyi tembakan tersebut wanita itu menekan break kereta sebelum dilanggar oleh kenderaan milik mangsa,”katanya.

Tambah beliau, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan