KENINGAU : Seorang lelaki warga Filipina maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di jalan Malima Binuwou Tengah Sook Keningau kira-kira jam 12.00 tengah hari pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintenden Polis ( DSP ) Douglas Nyeging Taong berkata, mangsa Rajim bin Arihin 31, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Sook lebih kurang jam 2.15 petang pada hari kejadian.
Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati sebuah lori datang dari Kg. Malima bertembung dengan Sebuah motorsikal yang datang dari arah Kg. Binuwou Tengah di satu selekoh.
“Dipercayai penunggang motosikal menunggang dengan laju semasa memotong sebuah motorsikal lalu hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan” katanya ketika dihubungi kelmarin.
Tambahnya, penunggang motosikal membawa dua pembonceng di belakang dan ketiga-tiga mereka tidak memakai helmet.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah