Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Maut berbalas tembakan

KEADAAN di lokasi kejadian selepas seorang penjenayah yang disyaki terbabit dalam kegiatan pecah rumah mati ditembak di Jalan Kayu Madang, berdekatan tangki air, Telipok, Kota Kinabalu, awal pagi tadi. – Foto Mohd Adam Arinin
ANGGOTA polis mengangkat mayat penjenayah yang ditembak dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Kayu Madang, berdekatan tangki air, Telipok, Kota Kinabalu. – Foto Mohd Adam Arinin

 

KOTA KINABALU: Polis menembak mati seorang penjenayah yang disyaki aktif melakukan pecah rumah dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Kayu Madang, berdekatan tangki air, Telipok, Kota Kinabalu, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, suspek berusia lingkungan 20-an maut di lokasi kejadian.

Difahamkan, sepasukan anggota polis yang sedang menjalankan rondaan terserempak dengan suspek menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Ketika polis menghampiri dan meminta suspek berhenti untuk tujuan pemeriksaan, dia bertindak agresif dan melepaskan tembakan.

Berikutan itu, anggota polis terpaksa melepaskan tembakan balas yang mengenai suspek sebelum disahkan mati di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berada di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, sidang media akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu berhubung kejadian ini.- BH ONLINE

POLIS menembak mati seorang penjenayah yang disyaki terbabit kegiatan pecah rumah ketika berbalas tembakan di Jalan Kayu Madang, berdekatan tangki air, Telipok, Kota Kinabalu, awal pagi tadi. – Foto Mohd Adam Arinin
ANGGOTA polis memantau lokasi selepas seorang penjenayah yang disyaki terbabit dalam kegiatan pecah rumah mati ditembak di Jalan Kayu Madang, berdekatan tangki air, Telipok, Kota Kinabalu, awal pagi tadi. – Foto Mohd Adam Arinin

Komen


Berita Berkaitan