Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MAUT AKIBAT PENGECAS TIRUAN

pengecas tiruan

Beijing: Seorang remaja mati direnjat iPhone miliknya apabila menggunakan pengecas tiruan.

Menurut sumber, mayat Wu Weyuan, 18, ditemui kakaknya yang mengesyaki sesuatu selepas terhidu bau hangus selepas pulang bekerja.

“Dia terkejut apabila melihat tubuh adiknya itu terbaring di katilnya dalam keadaan tidak bernafas,” katanya.

Di sebelah mayat Weyuan yang rentung, polis menemui iPhone 4S dengan skrin pecah.
Ibu saudara Weyuan berkata, mangsa berpindah ke Korla untuk meneruskan pengajiannya dan tinggal di rumah kakaknya yang bekerja di bandar berkenaan.
Laporan bedah siasat menunjukkan Weyuan terkena renjatan pada leher, tangan dan kaki kirinya.

Polis mengklasifikasikan kematiannya sebagai kematian akibat “kebocoran” elektrik dari telefon bimbitnya.

Menurut kakaknya, Weyuen membeli telefon bimbit itu di sebuah kedai berhampiran rumah keluarga mereka di Urumqi.

Difahamkan, kedai berkenaan kini sudah berhubung dengan keluarga mangsa dan dalam usaha mencari jalan penyelesaian bersama. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan