Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Maut akibat kecuaian orang lain

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU – Akibat kecuaian pemandu sebuah van, seorang kakitangan awam maut selepas motorsikal yang ditunggangnya merempuh van berkenaan yang membuat pusingan U berhampiran Kampung Delima di Kilometer 10.5, Jalan UMS di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, nahas tersebut yang berlaku pada jam 2 petang menyaksikan mangsa lelaki berumur 26 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa sedang menunggang motorsikal bersendirian dari arah One Borneo menghala ke Sepanggar, manakala van jenis Toyota terbabit dipandu seorang wanita dari Indah Permai menuju ke Kota Kinabalu,” katanya di sini hari ini.

Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu van berumur 38 tahun itu telah membuat pusingan U untuk menghala ke Tuaran tanpa memberi perhatian kepada kenderaan yang datang dari arah jalan lurus.

“Mangsa dipercayai gagal mengelak lalu merempuh van berkenaan sebelum tercampak ke bahu jalan,” katanya lagi sambil menambah pemandu van terbabit bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Mayat mangsa kemudian dibawa di Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 untuk menjalani post mortem.

“Pemandu wanita terbabit ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.

Oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan