Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Maurice White meninggal dunia

WHITE
WHITE

New York: Pengasas kumpulan muzik popular Earth, Wind & Fire, Maurice White meninggal dunia kelmarin pada usia 74 tahun.

White yang membesar di Chicago peminat jazz, namun membawa kelainan dengan irama pop yang mempunyai unsur R&B, rock, soul serta funk.

Kumpulan itu menjual hampir 100 juta album dan dianggap antara yang paling berjaya pada 1970-an dengan pelbagai lagu terkenal seperti ‘September,’ ‘After the Love Has Gone’ dan ‘Boogie Wonderland.’

White antara beberapa pemuzik popular dunia yang meninggal dunia sejak 2016 bermula.

Dia yang menghidap Parkinson’s meninggal dunia ketika tidur di rumahnya di Los Angeles.

Adiknya Verdine yang juga anggota kumpulan itu mengumumkan kematiannya di Facebooknya, lewat Khamis (waktu tempatan).

“Abang, hero dan sahabat saya, Maurice White meninggal dunia dalam tidurnya malam tadi.

“Dunia ini kehilangan seorang lagi pemuzik hebat, dan keluarga kami meminta ruang untuk berkabung dalam masa sukar ini,” katanya.

Kumpulan itu antara yang pertama meruntuhkan sempadan warna kulit dalam muzik pop dengan ramai peminat kulit putih walaupun popular dalam masyarakat Afrika Amerika.

Kumpulan itu juga menjadi yang pertama dijemput ke White House untuk membuat persembahan selepas Presiden Barack Obama dilantik pada 2009. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan