Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Matunggong Challenge Jan 1

1:38pm 21/12/2015 Ann Vivien 348 views Sukan,Tempatan
Logo acara

Logo acara

KOTA KINABALU: Persatuan Momogun Rungus Sabah ( SAMORA) akan menganjurkan larian “Matunggong Challenge 2016” (MC 2016)  dengan tema “Run For A Cause” pada 1 Januari 2016 di Matunggong.

Presiden SAMORA, Dato Jelani Hamdan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong berkata, MC 2016 menawarkan hadiah menarik kepada pemenangnya kerana laluannya agak mencabar dengan sebahagian besar jalan-jalan tersebut masih gravel.

Katanya, Larian itu akan berakhir di Pantai Mandavang yang cantik dan sangat berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong.

“MC 2016 melibatkan sebanyak 4 kategori iaitu Larian Terbuka (30 KM (kilometer), Larian Veteran-10 KM, Larian 15 KM dan Larian 3 KM untuk kanak-kanak”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Larian Terbuka 30 KM  terbuka kepada orang ramai yang berminat. Jarak larian sejauh 25 KM bermula dari Puruvan Square, Pekan Baru Matunggong-Pantai Mandavang.

Kategori ini menawarkan hadiah utama iaitu Johan akan menerima hadiah wang tunai RM1000. Naib johan RM700 dan RM500 untuk tempat ketiga.

Untuk kategori Larian Veteran-10 KM, ia terbuka kepada golongan veteran (lelaki dan wanita) berumur 50 tahun keatas. Larian bermula dari  Simpang Jalan Teringai ke Pantai Mandavang.

Bagi Larian 15 KM, terbuka kepada belia (lelaki dan perempuan) berumur 13-40 tahun. Jarak larian sejauh 15KM bermula dari Simpang jalan Teringai ke Pantai Mandavang (5 checkpoints).

Kedua-dua kategori Larian Veteran-10 KM dan Larian 15 KM masing-masing menawarkan hadiah wang tunai RM500 untuk johan. Naib johan dan tempat ketiga masing-masing akan menerima RM300 dan RM200.

Sementara kategori Larian 3 KM, terbuka kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Johan kategori ini akan menerima wang tunai RM300.Naib johan dan tempat ketiga masing-masing akan menerima RM200 dan RM100.

Jelani berkata, bagi 200 pelari dalam pelbagai kategori yang terawal tiba di destinasi akan menerima medal. Sempena MC2016, pelbagai aktiviti juga disusun untuk menyerikan sambutan berupa cabutan tiket bertuah yang menawarkan hadiah berupa basikal BMX, set TV 32” dan hamper.

Persembahan nyanyian & acara-acara kesenian  juga akan diadakan. Selain penyanyi jemputan khas iaitu Ronn Langad dan Robbie Angkangon, kumpulan-kumpulan yang akan menjayakannya ialah dari Warga Seni Dan Artis Rungus (WSAR) dengan artisnya Marlleney Paul, Feraddy Okuling, Donny Reyn, Larry Boyy dan Fedelis

Artis dari Penggiat Seni Rungus (PSR) terdiri daripada lysiana John Towoh, Nelly Aloi, Masdin Hezzie Metol, Doroty Samuel Sinjan dan Alison Sotivun

Sementara persembahan dari Solumpak Vagu Tongondu SAMORA ( SVT) terdiri daripada Dimmy Ammy Bahal, JI Fedalliah Claritta Jaimin , Fatimah Ayu  dan Normie Semun. Selain persembahan tarian Zumba.

Katanya, yuran penyertaan untuk MC 2016 bagi kategori kanak-kanak sebanyak RM3.00 seorang. Belia/veteran- RM15. Manakala kategori terbuka 30 Km sebanyak RM30.00.

Jelani berkata, pendaftaran untuk menyertai larian itu akan dibuka /bermula pada 28 Disember 2015 sehingga Larian itu dimulakan. Kaunter-kaunter pendaftaran akan dibuka di Rumah Panjang Puruvan Square, Pejabat ADUN N4 Matunggong dan secara online.

Jelani berkata, masa pelepasan untuk  Kategori Terbuka ialah jam 6 pagi di Puruvan Square, Pekan Matunggong. Kategori Belia/ veteran ialah jam 8.30 pagi di Simpang Jalan Teringai –Sampir. Manakala Kategori Kanak-kanak 2 ialah jam 9.30 pagi di checkpoint Jalan Teringai Darat.

Pihak SAMORA turut dibantu oleh Kelab Belia Momogun Rungus (MRYC )  yang bertindak sebagai ketua pelaksana . Persatuan Olahraga Matunggong ( POM), Rungus FM (RFM) dan Solumpak Vagu Tongondu SAMORA ( SVT) turut menjayakan penganjuran larian itu.

Orang ramai yang berminat menyertai MC 2016 boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada jawatankuasa penyelaras dengan menghubungi urusetia larian di Pejabat Adun N4 Matunggong iaitu : Endry Gimpou (019 530 4257) Joseph Abis -019 899 2880, En Miner – 0148172259.
En Stanley D -‪0 14 855 5844.‬ MRYC : Jonos – 0138884286, Romexs- 0138747479,Edle  – 0165835116, Fedirison – 0133417797, Steven Avong – 01119020887, Riboy- 01116167023, Jelvis- 0146599860, Jabla – 01136916631, Kenny- 0198317046 dan Saini- 0198805768.- Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan