Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mati tak berbaloi

3:45pm 28/02/2017 Pak Roshan 288 views Global

RAKAMAN kamera keselamatan menunjukkan kejadian. – DM

Georgia (Amerika Syarikat): Seorang lelaki didakwa menembak mati seorang lelaki hanya kerana bertengkar mengenai telefon bimbit dalam kejadian dirakam kamera keselamatan.

De’Andre Malik Thomas, 20, menyerah diri kepada polis, Jumaat lalu selepas menembak mati Kareem Mano, 25, sehari sebelumnya.

Mano yang mempunyai seorang anak lelaki yang berusia sebulan mati selepas ditembak berulang kali ketika melarikan diri daripada Thomas di luar sebuah kedai runcit di Bloomfield.

Syerif Daerah Bibb, David Davis berkata, dua lelaki itu bertengkar mengenai telefon bimbit yang dipercayai dijual Thomas kepada adik perempuan kepada teman wanita Mano. Akhbar News Tribune melaporkan telefon itu tidak dapat digunakan menyebabkan wanita terbabit mahukan wangnya semula.

Mereka berjumpa di tempat kejadian untuk membincangkan penyelesaian tetapi bertukar menjadi pertengkaran sebelum Mano dilihat mengeluarkan pistol tetapi kemudian menyimpannya semula.

Dua lelaki itu kemudian sekali lagi bertengkar sebelum Thomas pula mengeluarkan pistol dan terus menembak Mano yang cuba menyelamatkan diri sebelum dilihat rebah.

Rakaman tamat dengan Thomas menghilangkan diri manakala seorang pemandu dilihat keluar membantu Mano. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan