Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mati, hidup, mati semula

SANDEEP mengerang ketika hendak dibakar.
SANDEEP mengerang ketika hendak dibakar.

New Delhi: Seorang lelaki yang disangka sudah mati akibat dipatuk ular mengejutkan orang ramai apabila ‘terjaga’ ketika hampir dibakar pada majlis pengebumiannya sebelum sekali lagi meninggal dunia selepas dibawa menemui dukun.

Lelaki dikenali sebagai Sandeep, 23, dipatuk ketika keluar mencari kayu di hutan berhampiran kampungnya di Madhya Pradesh.

Dia dibawa kepada seorang pengamal perubatan tradisional Tantric untuk dirawat, namun pengsan menyebabkan keluarganya percaya dia sudah meninggal dunia.

Ahli keluarganya kemudian membuat persiapan membakar mayatnya, namun sebaik api dinyalakan Sandeep mengerang menyebabkan orang ramai menyedari dia sebenarnya masih hidup.

Keluarganya tidak membawanya ke hospital, sebaliknya membawanya semula menemui pengamal Tantric sama.

Malangnya, nyawanya tidak dapat diselamatkan dan dia diisytiharkan mati untuk kali kedua.

Kematiannya itu disahkan di hospital daerah berhampiran yang turut mengarahkan bedah siasat dilakukan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan