Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mati ditikam kerana bising

gambar hiasan

 

PENAMPANG: Seorang lelaki parah selepas disyaki ditikam menggunakan pisau pemotong bawang oleh penyewa rumahnya di Kampung Kolopis, di sini, kelmarin kerana dikatakan berang dengan mangsa berbuat bising.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa berusia 43 tahun yang juga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), parah di bahagian perut. Dia kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Difahamkan, kejadian itu disedari oleh seorang rakan mangsa yang kemudian menghubungi kenalan untuk menghantarnya ke HQE sebelum melaporkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata siasatan lanjut mendapati pergaduhan dipercayai berpunca daripada suspek menegur mangsa yang membuat bising.

“Suspek yang tidak puas hati disyaki menikam mangsa di bahagian perut sebelah kiri menggunakan sebilah pisau pemotong bawang diambil di tempat kejadian.

“Akibat tikaman itu, mangsa parah dan berada dalam keadaan kritikal,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Haris berkata, hasil siasatan dan risikan, suspek berusia 47 tahun yang juga penyewa rumah milik mangsa, ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang pada jam 3 pagi semalam.

“Siasatan lanjut juga mendapati sebelum kejadian, mangsa dan suspek dikatakan bersama-sama meminum arak buatan sendiri atau tuak.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya. – BH ONLINE

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim. – Foto NSTP

Komen


Berita Berkaitan