Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mati dalam peti sejuk beku

gambar hiasan
gambar hiasan

Atlanta: Seorang pekerja maut selepas dipercayai terperangkap di dalam peti sejuk beku kira-kira 13 jam di sebuah hotel di pusat bandar di sini, kata polis.

Usaha mencari wanita itu bermula apabila dia tidak pulang ke rumah selepas habis waktu kerjanya di Westin Peachtree Plaza, sebuah bangunan pencakar langit yang terkenal kerana berbentuk silinder.

Penyiasat memeriksa pita rakaman keselamatan hotel dan percaya, wanita itu mungkin memasuki bilik sejuk beku itu sekitar jam 8 malam Isnin lalu.

Menurut polis Atlanta, Charles Hampton, mangsa ditemui selepas jam 9 pagi semalam.

Sementara itu, Pusat Pemeriksaan Perubatan Fulton County mengenal pasti wanita itu sebagai Carolyn Robinson, 61, dari East Point.

Terdapat bukti menunjukkan wanita malang cuba keluar dari peti sejuk beku, tetapi Hampton tidak mengulas lanjut apa yang membuatkan penyiasat percaya perkara itu.

“Ada beberapa cara untuk membolehkan seseorang yang berada di dalamnya keluar, namun kami tidak pasti sama ada ia berfungsi dengan baik.

“Buat masa ini, tiada unsur jenayah dikesan,” katanya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan