Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mati, cedera ditembak berebut Viagra Himalayan

9:09am 18/06/2016 Pak Roshan 9 views Global
Kulat Cordyceps yang dipanggil yarchagumba oleh penduduk Nepal juga digelar Viagra Himalayan. - Foto nepl.com.np

Kulat Cordyceps yang dipanggil yarchagumba oleh penduduk Nepal juga digelar Viagra Himalayan. – Foto nepl.com.np

Kathmandu: Pergaduhan merebut sejenis kulat berharga yang digelar ‘Viagra Himalayan’ menyebabkan serang mati ditembak manakala tiga lagi cedera di sebuah perkampungan di kawasan pergunungan Nepal.

Menurut polis di daerah Mugu, polis dihantar ke perkampungan itu Rabu lalu, selepas mendapat laporan mengenai pergaduhan itu tetapi hanya tiba pagi tadi.

“Seorang terbunuh manakala tiga lagi cedera apabila kumpulan samseng seramai 10 hingga 12 orang melepaskan tembakan,” kata Ketua Polis Daerah Mugu, Keshab Raj Sharma, melalui telefon.

Menurutnya, kumpulan itu mencuri kulat yang dikumpul mereka.

Setiap tahun, ribuan penduduk Nepal dan Tibet memungut kulat Cordyceps, dipanggil yarchagumba oleh penduduk tempatan yang tumbuh di atas badan ulat tertentu dan hanya boleh ditemui dalam tempoh beberapa minggu setahun.

Ia hanya ditemui pada ketinggian lebih 3,500 meter, terbentuk apabila kulat parasit melekat pada ulat, membunuhnya perlahan-lahan.

Pembuat ubat herba China yang membelinya dengan harga mahal, mendakwa kulat itu yang direbus dan minum atau dicampur ke dalam sup, mampu meningkatkan kemampuan seks serta menyembuhkan penyakit lain, termasuk barah.

Pada 2009, tujuh orang terbunuh dalam pergaduhan berebut ‘Viagra Himalayan’ itu. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan