Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Matador maut dalam gelanggang

8:50am 12/07/2016 Pak Roshan 13 views Global
DETIK cemas sebelum kematian Barrio disiarkan secara langsung.

DETIK cemas sebelum kematian Barrio disiarkan secara langsung.

Madrid: Seorang matador mati ditanduk lembu ketika perlawanan di bandar di timur Sepanyol dalam kematian pertama seumpamanya sejak tiga dekad lalu.

Victor Barrio, 29, disahkan meninggal dunia lewat Sabtu (waktu tempatan) oleh seorang doktor di gelanggang di bandar Teruel.

Dia parah ditusuk tanduk kiri lembu jantan itu sebelum dilambung dan ditanduk sekali lagi di dadanya ketika terbaring.

Kecederaan kedua itu menembusi paru-paru dan aortanya. Kejadian itu disiarkan secara langsung di televisyen.

Dia matador profesional pertama yang maut dalam gelanggang di Sepanyol sejak 1985. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan