Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mata Pelajaran ‘STEM’ Perlu Diberi Lebih Perhatian – Najib

stem

TANJUNG MALIM:  Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak semua pihak – para pensyarah, guru dan ibu bapa supaya bersama-sama berganding bahu membimbing pelajar untuk lebih meminati mata pelajaran yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Perdana menteri berkata pelajar perlu didedahkan kepada kerjaya berkaitan dengan STEM sejak di peringkat prasekolah lagi kerana kebanyakan mereka mempunyai persepsi bahawa mata pelajaran berkenaan bukan hanya sukar, malah kurang menarik untuk diterokai.

“Jika ditinjau prestasi pelajar-pelajar kita dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, secara keseluruhannya mempamerkan pencapaian yang lebih rendah dalam kajian perbandingan pencapaian dua bidang berkenaan di peringkat antarabangsa.

“Kajian perbandingan ini memberikan kita isyarat bahawa para pelajar kita mempunyai ruang yang lebih banyak lagi dalam mempelajari mata pelajaran STEM. Secara ringkas, ia perlu diberi lebih perhatian,” katanya ketika melancarkan program Perkhemahan Bitara STEM Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)-Felda di Maktab Rendah Sains (MRSM) Felda, Trolak dekat sini.

Program berkenaan merupakan kerjasama antara UKM dan Felda melibatkan 200 pelajar tingkatan satu hingga tiga (anak-anak Felda dari 10 Wilayah Felda di Semenanjung) bagi membangkitkan kesedaran pelajar terhadap pendidikan STEM dan memupuk daya kreatif serta inovatif dalam kalangan mereka.

Perkhemahan Bitara STEM itu juga merupakan inisiatif di bawah Global Science and Innovation Advisory Council (GSIAC) yang dipengerusikan Najib melalui program Human Capacity Building and Cradle to Career (C2C).

Najib berkata sebuah Makmal STEM akan ditubuhkan di MRSM Felda berkenaan sebagai pusat aktiviti, rujukan dan latihan guru bagi empat bidang itu.

Selain itu, beliau berkata makmal STEM itu akan diperluas di setiap wilayah Felda dengan pewujudan sebuah model makmal STEM di sekolah menengah di Rancangan Felda yang akan ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Felda bermula tahun depan.

“Beberapa inisiatif dan galakan yang akan dilaksanakan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran dan minat pelajar-pelajar di Rancangan Felda terhadap mata pelajaran STEM.

yang paling istimewa sekali ialah menghantar sebanyak 10 orang pelajar terbaik yang terpilih dari kalangan peserta Perkhemahan Bitara STEM untuk menyertai Karnival Antarabangsa STEM di New York, Amerika Syarikat apabila ia dianjurkan nanti,” katanya.

Najib menyeru sektor awam mahupun swasta untuk turut terlibat menjayakan program seumpama Bitara STEM itu, selain berharap agar UKM dan Felda akan meneruskan usaha murni mereka pada masa akan datang.

“Usaha-usaha begini akan dapat memberi manfaat kepada kita semua dalam melahirkan masyrakat Malaysia pelapis yang progresif dan inovatif, yang bukan hanya berperanan sebagai pengguna teknologi semata-mata.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim dan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.

Komen


Berita Berkaitan