Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mata Dipinggul Lembu Untuk Selamatkan Singa

9:03am 18/07/2016 Pak Roshan 9 views Global
LUKISAN berbentuk mata pada pinggul lembu untuk memperdayakan singa di Botswana.

LUKISAN berbentuk mata pada pinggul lembu untuk memperdayakan singa di Botswana.

Okavango (Botswana): Ia mungkin idea mengarut.

Bagaimanapun, hasilnya berjaya menyelamatkan haiwan ternakan, khususnya lembu daripada menjadi mangsa serangan singa, sekali gus menyelamatkan haiwan liar itu dibunuh akibat tindak balas manusia.

Dr Neil Jordan, pakar pemulihan biologi dari Pusat Sains Universiti New South Wales di Australia baru-baru ini mencetuskan idea melukis mata di pinggul lembu sebagai cara untuk mengelak haiwan itu daripada dibaham singa.

“Ia mungkin dilihat untuk menyelamat lembu. Tetapi, idea itu sebenarnya untuk melindungi singa daripada tindak balas manusia,” katanya ketika melakukan cubaan itu di Botswana.

Menurutnya, idea itu mampu mengelak singa daripada pupus memandangkan jumlah haiwan liar itu semakin berkurangan.

“Singa menyerang haiwan ternakan. Dan haiwan liar itu pula diserang penternak sebagai membalas dendam. Ia antara punca singa berdepan ancaman pupus,” kata Jordan.

Idea melukis mata pada pinggul lembu boleh membuat ia menyangka gerakannya diawasi, sekali gus membatalkan hasrat untuk membaham haiwan itu.

Saintis menyedari bahawa apabila menyedari ia dilihat boleh menghalang beberapa jenis haiwan menyerang mangsanya.

Sebagai contoh, pencari kayu api di India sudah sekian lama memakai topeng di belakang muka mereka sebagai cara memperdaya harimau. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan